[Ini adalah antara lagu terakhir yang pernah di nyanyikan oleh arwah. Lagu ini dinasyidkan ketika Family Day di Bachok. Hayati lirik, khususnya yang berhuruf
bold]
Oh Rasulullah...
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isterimu Humairah
Menunggu saat ketikanya
Diangkat ruhmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketengangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmuOh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah pula untuk umat mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu...
InTeam [Tiada Lagi Kasih]